Sabtu, 27 Jun 2009

Dari Bayan Masturah:

Mengapa agama dan usaha agama penting bagi kaum wanita:

1. Kerana penghuni neraka kebanyakannya adalah kaum wanita. Ketika Israk Mikraj Nabi
SAW bersabda:" Aku melihat syurga, kebanyakkan penghuninya adaah orang-orang miskin
dan aku melihat neraka , kebanyakan penghuninya adalah wanita." (HR Bukhari Muslim)

2. Ada 3 perkara yang dirisaukan oleh Rasulullah SAW di saat-saat akhir hayat baginda:
" Ummati Ummati, Asholah Asholah dan Annisa' Annisa'."

3.Pada hari kiamat nanti ,seorang wanita akan menuntut empat orang lelaki dan akan
menyeretnya ke neraka iaitu: ayahnya, suaminya, saudara lelakinya dan anak lakinya.
Manakala seorang lelaki pula akan di tuntut oleh empat orang wanita yang akan menyeretnya
ke neraka iaitu ibunya, isterinya, saudara perempuannya dan anak perempuannya.

4.Di dalam al Quran ada perintah untuk kita selamatkan diri kita dari api neraka
yang mahfumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka."
(At Tahrim: 6)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, ni curi2 masa ni adap lptop..sibuk benor kblkgn ni, anak2 ada uma. Catatle lagi bhn2 baik untuk tatapan kami... sajak tu dah habis catat ke ada lagi?

    BalasPadam